aku tak pernah tahu dalam hidup aku akan ada engkau
engkau yang datang dalam hidup aku tanpa diundang
"benci" itu rasa yang aku ada bila menatap kau dulu
"sayang" itu yang sekarang.
benci itu aku yang rasa
sayang juga aku yang rasa
itu semua aku
rasa yang aku baja dengan kata-kata kau
kau pernah menabur janji
ingat ?
janji yang makan diri
janji yang buat perkataan "percaya" itu hilang erti
perasaan aku terhadap engakau sudah jauh
perasaan itu salah
rasa yang haram berada dihati
kerana kau bukan kau yang dulu
"tadi mia ni sara"
spontan telinga terdengar
tak sengaja didengar
aku cuba buang
aku cuba hapus
aku lemah
aku tak mampu
aku dengar
tapi aku pekak kan
aku tahu
tapi aku buat buat tak tahu
aku nampak
tapi aku butakan
aku rasa
tapi aku nafikan
perasaan bila mendengar ayat itu
sedih sebab ada dua nama
marah sebab terdengar
sedar betapa diri ini
selalu diakhir
dan bila-bila masa akan lenyap
rasa tak adil bila yang belah sana tak pernah rasa sakit
sekali lagi aku lupa
siapa aku nak rsa itu dan ini
rasa bersyukur sebab engkau bahagia
walaupun bukan dengan diri ini
kau mampu untuk bunuh aku
kenapa tidak lakukan itu
kau pilih untuk terus seksa aku
kau pilih untuk terus berkuasa
kau pilih menjadi raja hati
engkau mungkin bosan
dengan perangai dan perasaan
yang entah apa apa ini
tapi kenapa masih ada aku
bila kau perlukan aku
buang
aku tahu bila engkau akan datang
aku juga tahu bila engkau akan pergi
cuma aku tak tahu bila
aku mampu berganti hati
aku meletakkan engkau di satu sudut hati
tak pernah berubah tempat
aku sentiasa berharap
tapi sampai satu tahap
aku berhenti berharap.
bila difikirkan balik
aku bukan orangnya
kalau yang diAtas tak mengizinkan
mati hidup semula pun tak akan terjadi
beribu kali menyuruh hati membenci
beribu kali itu juga hati tetap menyayangi
aku tersungkur dengan pilihan hati sendiri
sudahnya aku yang mati
hari esok masih ada
usaha tetap diteruskan
moga Dia memelihara kurniaan
kurniaan yang bernama hati.

No comments:
Post a Comment