with Mr.Canvas :D

Daisypath Friendship tickers

Wednesday, 27 March 2013

just a thought

"melepaskan seseorang yang kita sayang atau cintai sepenuh hati bukan bermkna kita seorang yang kalah. kita mungkin sedang membina masa hadapan yang lebih baik dengan ketiadaan mereka.
so, let it go.
kuatkan diri,
kuatkan semangat ya ?"


"in the end, if they really want you, they'll surely come right back at you"


"perpisahan adalah sebuah titik permulaan awak menjadi burung terbang bebas sebelum kembali ke sarang komitmen. hargailah perpisahan itu sekali-sekala"


"when you love somebody, you always feel like you're not good enough"


"the only way to forget is to accept and the only way to move on is to look ahead"


"you will never be brave if you never get hurt. you will never learn if you don't make mistake. you will never be successful if you don't encounter failures"


"perkara paling menyeksakan adalah bila orang yang paling kita sayang, berpaling dan pergi daripada kita. itu adalah neraka bagi segala perasaan"


"a thousand words won't bring you back, i know because i've tried neither with a million tears, i know because i've cried"

Thursday, 21 March 2013

cinderella selekeh !

well well well. salam mr.canvas. *cara org kaya puluh2 juta ckp*

saat daku menghapdate blog ini, sesungguhnya daku belum mandi ;( *kantoikan diri* kenapa tak mandi ? eleh x mandi pun nak cerita dalam blog ke wei ! ! ? eh, kau panas hati apa hal. eh, brgaduh ngn blog plak. weehheee. bukan aku tak nak mandi, dah gila ke apa tak nak mandi. i bukan species embek okayy. its because..

kampus aku tak ada air ! ! ! *lari 1 blok sambil jerit air* dengan harapan air akan ada seperti sediakala. harapan je lah kan. punah segalanya. its around a week juga campus tak ada air. so, kau jangan nak silang kaki dalam bilik, pergi turun bawah ambil air. angkut sampai TINGKAT 4 ! kata ibu tiri cinderella kepada cinderella. itulah yang aku rasa, cinderella tak berapa nak cantik dok ke hulur ke hilir dengan baldi, dengan t-shirt basah kena air. selekeh !

tapi aku tengok ke dalam diri sendiri, tak juga kurus. redha je la bab yang tu. its an experience actually. mana nak dapat experience macam ni kat rumah. kalau kat rumah tak ada air, call syabas. syabas pun pergi buat apa ntah, *memang lah aku tak tau aku tak kerja syabas* lepas beberapa minit buka paip, shuuhhh *buat bunyi air tau ni* air pun keluar dengan derasnya. so kalau kat kampus, berangkutlah smpai TINGKAT 4 tu haa. kenapa capslock tingkat 4 ? sebab itu adalah penyebab segala kesakitan badan berlaku. anggota badan terasa bermuscle.

oleh itu, syabas pun telah menyediakan tangki dibawah blok. feel free people to take the water ! gituuu. syabas kepada syabas ! syabas mera bhete ! kemainn hindhostan.

one more thing i notice. keadaan tak ada air macam ni mempengaruhi attendance student ke class. serious ! rasa macam cuti sem, sunyi. tak ada orang pergi class pun. semua tak ada mood nak pergi class, penat mungkin angkut air. mood terjejas, class tak ada orang pergi, nak berry pun fikir 2,3 kali okay. nampak x ? system penghadaman juga terjejas. terpaksalah mandi dan melepaskan hajat kat petronas *dah macam bangla mandi kat petronas* sekarang jumpa kawan confirm tanya "kau mandi tak tadi ?, "umah kau dah ada air ?" dulu tanya "kau dh makan ? tadi tidur ea ?" sekarang semua berkisar pasal air.

betapa pentingnya air yang selalu tak dihargai. ada air, bazir. tak ada air mengamuk ! time tak ada air ni lah aku tak balik rumah. besar pengorbanan aku ni. mohon ada air seperti sediakala. tak sanggup mandi 2 titik je hari-hari *tak de nak 2 titik sangat lah kan*

cinderella ! ! !

ye makcik *nada takut*

kau buat apa lagi tu ? update blog ? ! kau jangan berlagak hanis zalikha bagai ! pergi turun bawah angkut air, aku nak berakk ! cepattttt ! ! ! !

*alah, jeles lettew tak ada blog nak update, wee wee wee. nak berak pun menyusahkan orang* berkata dalam hati. baikk makcik.

cinderella pun berlalu pergi degan baldi2nya.

sekian.

Sunday, 10 March 2013

malu ? cover cepat.

memulakan coretan di atas katil didalam bilik seorang diri bersama rasha :) salam mr.canvas ! so, here we go again. setelah seminggu msuk sem baru, subjek baru, bilik baru hope semangat baru tuk study. tak nak buat assignment last minute, nak study awal untuk test nanti. ayat2 tadi adalah ayat2 yg akan aku dengar setiap kali mula sem dari diploma smpai degree ! boleh dikatakan ayat wajib awal sem. buat ke ? tepuk dahi last sem nanti sbb x buat. (aku pun sama je tu) haha.

so mcm biasa, msuk sem jumpa ramai juniors dr merbok. rasa meriah skit kampus skrg ni kalau tidak tu hari2 nad tgok muka aku, aku tgok muka nad lama-lama muntah hijaulah. (nad adlh kwn aku dipuncak, bkn sejenis kacang atau ape pun)

bila jumpa junior ramai adalah yg still ingat dan respond mcm ni " eh, akak ! akak kat sini ye". or "akak jpk !" haa..akak rasa famous dik. wahaha. tp ada jgk yg mcm ni "akak duduk blik mna ni ? akk amik library ea. hmm..nama akk sape ye? -______________-" <macam nilah muka aku bila soalan last tu ditanya. kau dh 10 minit bersembang dh bergelak ketawa dgn akak bru kau nak tanya siapa. huh ! but well, its normal i guess dari tak tegur langsung kan. good adik2 :)

bila jumpa kawan kita akan naturally say hi or tanya bru balik class ke or lambai je and whatsoever dan kawan kita tu pun secara mesra alam gitu akan jwb as part of greeting kan.

but ! tapi ! pernahkah korang lambai kat kawan korang tu dengan senyuman paling manis dan kawan korang tu pun lambai semula dgn tangan mcm nak tercabut lambainya tu haa..tapi bila pusing belakang

kawan korang tu bukan lambai kat korang, tapi kawan dia yg berada di belakang korang ! (aku ni, ayat pun dah mcm keling2 skit ni)

this is what happen to me last week. malu. yes malu, sangat malu ye. sebab aku mcm teramat excited nmpak kawan aku tu dari jauh dh lambai mcm org gila. aku pun tak tahulah dah kenapa excited smpai mcm tu sekali. siap tanya bru balik class ke tp kawan aku tu tak jawab sebab tak dengar, keadaan agk bising masa tu. untung tak dengar, kalau dengar double malu okay.

sebelum kawan aku tu perasan yang aku syok sendiri lambai kat dia lebih baik aku cover line. what did i do ? aku pun konon2 lambai manusia yang tak pernah aku kenal yang berada di tempat kejadian. 2 kali lambai lepas tu pusing lah depan. janganlah lambai sampai manusia tak dikenali tu perasan plak. lambai skit2 je. buat syarat supaya tak malu untuk triple time. haa. cover line cemerlang punya.

lepas tu sampai bilik menyorok bawah selimut sampai tertidur. tp tactic nak tidur sebenarnya bukan cover malu. hehe. never let yourself being caught ! moto untuk diri sendiri. orang lain ada kereta bagai aku ada moto je tu pun dalam words. sedih lah kau ni sara :'(

yang penting niat suci murni tu.

kenapa sekarang cuaca panas sangat ? (ttibe2)

mohon mengundurkan diri. banyak lagi benda tak berfaedah nak dibuat ni.

salam, till then :)


Sunday, 3 March 2013

salah sendiri

aku tak pernah tahu dalam hidup aku akan ada engkau
engkau yang datang dalam hidup aku tanpa diundang
"benci" itu rasa yang aku ada bila menatap kau dulu
"sayang" itu yang sekarang.

benci itu aku yang rasa
sayang juga aku yang rasa
itu semua aku
rasa yang aku baja dengan kata-kata kau
kau pernah menabur janji
ingat ?
janji yang makan diri
janji yang buat perkataan "percaya" itu hilang erti

perasaan aku terhadap engakau sudah jauh
perasaan itu salah
rasa yang haram berada dihati
kerana kau bukan kau yang dulu

"tadi mia ni sara"
spontan telinga terdengar
tak sengaja didengar
aku cuba buang
aku cuba hapus
aku lemah
aku tak mampu

aku dengar
tapi aku pekak kan
aku tahu
tapi aku buat buat tak tahu
aku nampak
tapi aku butakan
aku rasa
tapi aku nafikan

perasaan bila mendengar ayat itu
sedih sebab ada dua nama
marah sebab terdengar
sedar betapa diri ini
selalu diakhir
dan bila-bila masa akan lenyap

rasa tak adil bila yang belah sana tak pernah rasa sakit
sekali lagi aku lupa
siapa aku nak rsa itu dan ini
rasa bersyukur sebab engkau bahagia
walaupun bukan dengan diri ini
kau mampu untuk bunuh aku
kenapa tidak lakukan itu
kau pilih untuk terus seksa aku
kau pilih untuk terus berkuasa
kau pilih menjadi raja hati

engkau mungkin bosan
dengan perangai dan perasaan
yang entah apa apa ini
tapi kenapa masih ada aku
bila kau perlukan aku
buang

aku tahu bila engkau akan datang
aku juga tahu bila engkau akan pergi
cuma aku tak tahu bila
aku mampu berganti hati

aku meletakkan engkau di satu sudut hati
tak pernah berubah tempat
aku sentiasa berharap
tapi sampai satu tahap
aku berhenti berharap.

bila difikirkan balik
aku bukan orangnya
kalau yang diAtas tak mengizinkan
mati hidup semula pun tak akan terjadi

beribu kali menyuruh hati membenci
beribu kali itu juga hati tetap menyayangi
aku tersungkur dengan pilihan hati sendiri
sudahnya aku yang mati

hari esok masih ada
usaha tetap diteruskan
moga Dia memelihara kurniaan
kurniaan yang bernama hati.